Search This Blog

Saturday, 28 March 2015

BRAIN TUMOR - BOLEH BUTAKAN MATA

Balik Tepeng since semalam.
Ambil kesempatan menziarahi seorang teman belajar during itm diploma.. teman sejak 26 tahun lalu.

Beliau seorang yang ceria.. tetapi rupa-rupanya ada brain tumor. Sebelum tu beliau ada fibroid.

Mak beliau cerita, masa beliau mula sakit, macam2 Maknya belikan supplement & ubat. Apa yang orang suggest mak dia belikan. Setiap bulan Maknya beli.

Suatu hari Maknya pergi rumah beliau & dapati semua supplement tu elok lagi macam tak berusik pun. Sedih luluh hati Maknya tambah2 lagi dengan keadaan beliau sekarang yang dah tak dapat melihat.. malah sebelah badannya dah kurang berdaya.. hampir2 lumpuh disebabkan brain tumor tu. Hanya terbaring mengharapkan bantuan orang sekeliling.

Kita sebagai orang Islam wajib menerima keadaan seperti itu sebagai qada' & qadar tanpa merasa kesal dengan ketentuan Allah.

Namun kita juga wajib berusaha menjaga amanah Allah iaitu tubuh badan kita supaya sentiasa sihat walafiat untuk beribadah kepada Allah.

Peringatan kepada diri sendiri, saudara mara & kawan2 yang dikasihi.. amalkan makanan kesihatan tak kiralah makanan sunnah atau supplement jenama orang putih sekalipun.. yang pentingnya halalan toyyiban.

Bila kita dah berusaha menjaga amanah Allah ni.. tapi kalau dah sakit juga.. takdelah rasa ralat sangat.. sebab kita dah sedaya upaya kan.. berusaha. Juga jangan lupa iringkan dengan doa.

Semoga Allah pelihara kesihatan kita semua.

5 comments:

  1. Salam singgah! Terima kasih sudi BW blog saya (n_n)
    Owh kesiannya baca kisah ni...tp ye lah, kesian mak dia..bukan dia tak berusaha, mcm2 yg dia belikan..sedihnya bila anaknya tak makan ubat2 yg mak dia belikan :( Hmm...pape pun, kesian dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terimakasih balas singgah.
      Saya ada blog satu lagi.. www.Ruzanaibs.com
      Jemputlah singgah sana pulak.

      Delete
    2. Salam. Terimakasih balas singgah.
      Saya ada blog satu lagi.. www.Ruzanaibs.com
      Jemputlah singgah sana pulak.

      Delete